Monday, July 18, 2016

DIY bertukaran bateri Sony Xperia Z1 Compact


Sony Xperia Z1 Compact merupkan telefon yang saya guna sejak pembelian pada hujung tahun 2013.
Prestasi bateri tidak lagi beroperasi dengan keadaan optimum. Hayat bateri yang mempunyai 100% cas hanya boleh tahan sehingga 10 jam sahaja (keadaan mod persediaan). 

Oleh itu, saya beli satu bateri baru dan cuba membuat DIY untuk bertukaran bateri tersebut. Post ini alan merekodkan langkah-langkah bertukaran bateri Sony Xperia Z1 Compact.


Gambar di bawah, Peralatan dan bahan yang diperlukan .Mula dari Sebelah kiri dalam alat membuka penutup telefon, pita  kalis air, bateri baru dan telefon Sony Xperia Z1 Compact.


Bagaimana untuk membuka penutup telefon? Pada asasnya, iaitu, pertama dengan pengering rambut, meniup terhadap belakang telefon, pita asal menjadi lembut dan lebih mudah untuk mengungkit buka.

Seterusnya, adalah dengan menggunakan cawan sedutan melekat belakangnya, selepas itu masukan alat cungkil untuk cungkil belakang penutup tersebut.

Nampak macam mudah ? Tetapi dalam proses membukaan kali ini, satu kejadian sedih telah berlaku.
iaitu SALAH CUNGKIL!!!!

Rekabentuk Z1c yang berwarna hitam ini, tengah-tengah adalah rangka logam, belakang adalah plastik hitam. Pada awal pembukaan itu, telah cuba untuk mencungkil celah antara bingkai aluminium dan plastik penutup belakang dikeluarkan ... (Gambar kanan)

Mengambil masa yang lama membuka penutup dan alat cungkil pun dekat rosak (seperti gambar di bawah), barulah boleh satu celah. Bingkai aluminium pun rasa macam rasa sudah bengkok.Penutup masih tidak dapat dikeluarkan.

  


Lepas 10 minit, hampir nak menyerah diri, barulah mengetahui salah cungkil. Plastik yang berwarna hitam itu adalah sebahagian daripada rangka logam dan bukannya pita kilas air itu.

Sebelah kanan adalah gambar yang menunjukkan penutup belakang telah berjaya
ditanggalkan .Sebelah atas adalah gambar "close-up" setelah penutup ditanggalkan. Melalui gambar, anda boleh nampak ada satu pita kalis air yang lekat pada penutup.

Setelah buka penutup itu, pita kalis air tidak lagi berfungsi dengan baik, dan perlu digantikan yang baru.

Sebenarnya, cara nak buka penutup belakang ini adalah kerja yang mudah dan hanya perlu 5 mengambil masa minit sahaja. kesimpulannuya, penutup belakang adalah senang ditanggalkan sekiranya tempat yang dicungkil itu adalah betul.

Gambar di bawah (sebelah kiri) adalah bentuk bateri selepas ditanggalkan. Bateri ini diketatkan dengan skru,ia perlu dibuka dengan pemutar skru. Sekeping litar berwarna coklat yang lekat pada bateri itu adalah antena NFC



Gambar di atas (sebelah kanan) adalah keadaan telefon setelah bateri ditanggalkan.

Sambungan antara bateri dengan papan induk telefon adalah jenis soket "tekan masuk".Guna pemutar skru cungkil perlahan-laahn, maka soket akan ditanggalkan. Untuk mengelakkan soket tercabut keluar, pihak kilang menyediakan satu getah lembut untuk menahan soket tersebut. Oleh itu, selepas pertukaran bateri, pastikan getah itu letak balik pada belakang penyambung soket.


Selepas itu, adalan bahagian NFC. Gunakan pengering rambut tiup pada litar berwarna coklat itu
selama 1 ~ 2 minit, kemudiannya tanggalkan. Gambar sebelah kanan adalah litar NFC yang telah ditanggalkan.

Sambungan antara litar dengan papan induk telefon tidak mempunyai apa-apa soket, dimana ia hanya guna cara sentuh sahaja untuk menyambung antara litar dengan papan induk telefon.

Gambar di bawah (sebelah kanan), tempat yang telah dipetakan adalah pin penyambung litar. Semasa pemasangan bateri baru, litar ini perlu dipasang dengan berhati-hati untuk memastikan litar sentuh dengan pin pada papan induk.




Akhirnya pasang semula penutup belakang.

No comments:

Post a Comment