Tuesday, July 19, 2016

Logitech K400 Plus keyboard

Logitech K400 siri produk, pada dasarnya ialah papan kekunci tanpa wayar yang berkombinasi dengan pad sentuh (Touch pad). Di sini saya akan merekodkan pembukaan kotak logitech K400 Plus dariada seorang rakan baik yang merupakan peminat Logitech. Model K400 siri adalah produk yang baik, dimana rekabentuknya padat, tanpa wayar, mudah alih, dan mempunyai fungsi tetikus.

Oleh itu K400 siri boleh dikatakan adalah satu peralatan yang baik untuk HTPC (Wikipedia). Dimana ia dapat mengawal HTPC dari sofa untuk menikmati hiburan seperti video, lagu yang diingini.















Dalam pasaran terdapat 2 jenis warna untuk papan kekunci K400 Plus ini. Iaitu warna putih dan warna hitam seperti yang ditunjukkan di gambar sebelah kanan.

Untuk kali ini, rakan saya beli jenis warna hitam.
Harganya dalam RM 150.00 ~ RM 190.00. Harga K400 Plus lebih kurang sama harga dengan K400r.(offcial website)

Gambar di bawah adalah gambar pembungkusan K400.


Pandangan selepas kotak dibuka.
  


Berbanding dengan model lama K400 atau K400r, perbezaan secara fizikal adalah bentuk kekunci, kekunci suara rendah, suara tinggi dan bisu telah pindah dari sebelah kiri atas ke sebelah kanan atas, iaitu atas pada pad sentuh, kemudian terdapat garis warna kuning pada pad sentuh. Selain itu, yang boleh nampak adalah kekunci anak panah "atas" dan "bawah" telah dikecilkan,sekiranya nak tekan agar susah sikit.Dibawah adalah gambar K400 Plus padangan dekat berikuti dengan  gambar K400 dan K400r.





Seterusnaya lihat pada pandangan atas papan kekunci yang ada dibaawah. Yang tengah itu adalah penutup bateri,butang sebelah kiri penutup adalah suis buka/tutup bateri. Sekiranya tidak papan kekunci tidak digunakan, bolehlah tutupkan suis untuk menjimatkan kuasa bateri.


Sekali lagi, lihat pada belakang papan kekunci. K400 plus, seperti K400 dan K400r, papan kekunci ini memerlukan 2 biji bateri saiz AA.






Penutup K400 plus menyediakan tempat menyimpan pemancar usb "Unifying" untuk mengelakan daripada kehilang. Rekabentuk ini memberi kemudahan baik kepada pengguna yang ingin sentiasa membawa papan kekunci K400 plus bertugas di luar.

Setelah membaca Maklumat daripada Offcial website, didapati model ini mempunyai beberapa kelebihan yang patut diberitahu kepada orang ramai:

  • Menyokong sistem pengoperasian Android 5.0 ke atas dan Chrome OS.
  • Menyokong signal tanpa wayar sejauh 10 meter (33 kaki).
  • 18 bulan hayat bateri.
  • Menyokong 2 titik sentuhan pada pad sentuh.
  • Perisian diberikan untuk konfigurasi kunci mengukit kehendak seseorang.


No comments:

Post a Comment